Kelas Asas Internet

25 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Internet diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) tentang asas penggunaan internet.Seramai empat orang peserta yang menyertai kelas ini,kesemuanya adalah peserta lelaki. Di dalam kelas peserta dihadkan seramai lima orang peserta sahaja .Hal ini kerana,seperti yang disyaratkan iaitu mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial.

Semasa di dalam kelas Pertama sekali pelajar diajar bagaimana cara mencari gambar dan simpan gambar menggunakan aplikasi google.Selain itu ,pelajar juga diajar menggunakan “google map dan street view”.Kelas ini dianjurkan kepada pelajar bertujuan mendedahkan pelajar mempelajari bagaimana untuk mencari sesuatu tempat atau destinasi yang hendak dituju dengan tepat. Di akhir kelas, setiap pelajar mesti mempraktikkan semula apa yang telah dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas